Assalamualaikum..
Kepada
kawanku N (bukan nama sebenar),
Aku Farahin iaitu kawan lama ko waktu zaman sekolah
menengah dari form 4 sampai kita habis sekolah ingin mohon ampun dan maaf. Sungguh
aku terkilan bila perkara sebegitu berlaku dan sekarang aku rasa nak jumpa ko
dan minta maaf. Aku rindukan hubungan persahabatan kita masa tu. Aku asyik
teringat bila aku bersembang dengan ko di sekolah dengan macam-macam cerita
antara ko dan aku. Tentang masalah ko dulu ko cerita kat aku. Aku suka sembang
dengan ko sebab kan kita kawan. Aku suka bersembang dengan ko. Kita
balik lepas koko bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Ko sangat baik dengan aku walaupun ko suka usik aku kat sekolah. Rajin pula masa tu ko datang rumah aku semata-mata
tanya pasal kerja rumah dan sembang biasa sampaikan ada yang jeles bila aku
sembang dengan ko kat depan rumah..hahaha..Bukan jeles sebenarnya tapi
pandangan yang memberi erti yang aku perempuan tak elok bersembang dengan kawan
lelaki. Tak manis. Aku faham. Bukan
duduk dekat pun. Ok. Itu ketepikan. Aku tumpang sedih atas kehilangan ibu ko
masa kita form 4. Dan ayah ko juga pergi 2 thn lepas. Mungkin
.
Setelah
sekian lama kita berjauhan dan masing-masing ada kehidupan selepas zaman
itu,aku sampai sekarang masih terkenangkan masa lalu kita berdua. Bersama-sama
kawan-kawan lain. Suka duka masing-masing dirasai. Aku rindu ko sebagai seorang
kawan.kawan sekolah,kawan sekelas kawan tuisyen dan kawan Taman Seroja. Mak aku
kenal ko jadi mak aku tahu tentang ko dan dia tak risau bila aku kawan dengan
ko. Sekarang pun mungkin mak aku boleh kenal ko walaupun dengarnya ko dah
gemuk.hahaha..gurau kejap.Aku rindu nak bergurau dengan ko.
Aku
harap sangat coretan ni dapat menarik ko untuk membacanya.Aku nak ko baca
coretan ni tapi aku tau coretan ni tak akan sampai ke bacaan ko dari laptop dan blog aku ni.Sebab aku
tak tahu ko di mana dan keadaan ko sekarang..terima kasih kawan sebab senang hati berkawan dengan aku selama ini.aku
teringin bagi hadiah persahabatan kepada ko tapi…mungkin tetiba aku terima
jemputan kahwin dari ko.Mana tau.Akhir kata, di mana ko berada aku harap
ko sihat sejahtera bersama adik-adik ko dan orang yang bersama dengan ko.jaga
diri jaga iman andai ada jodoh jumpalah kita.Maafkan aku,kawan..I really miss
our relationship…hope to meet you after this..
Thank you..:)
Thank you..:)
Love your friend,
Farahin Nordin
(3/4/2015)
No comments:
Post a Comment