Tuesday 12 May 2015

merapu2

Assalamualaikumm..


Gara-gara dah lama tak update cerita baru kat sini.Jadinya aku menaip dan mengepos kat blog ni sampai lenguh jari..hahaha...Tak laa aku tipu je..Sikit je nak merapu..Dah berapa bulan menyepi ntah apa punca macam selalu aku ngomel kat sini bila dah lama tak taip kat sini.Kan dah cakap yang aku je yang baca blog aku.Bukan setakat blog je bahkan buku diari aku tulis juga.tu pun masih tak tulis kat diari.

Macam-macam yang telah berlaku pada diri aku.Perkara sedih,gembira sakit hati positif negatif dan semualah berlaku dalam diri aku.Aku cakap benar,kawan.Aku tak tipu.aku nak bercerita kisah suka duka kat kawan.Walaupun kawan tak mampu untuk membantu dari segi fizikal tapi dari segi rohani dan mental amat diperlukan.Luahan kawan hanya dengar,hayati,faham dan beri respon.Aku tak kisah kalau kawan tak dapat tolong secara nyata tapi aku dapat senyum semula bila kawan dapat tolong aku dengan kata-kata semangat.


Apa pun aku tak rasa aku dipinggirkan sebab ada kawan macam kalian.Terima kasih atas sokongan dan respon anda.


:)

Aku dan novel(pengenalan)

Assalamualaikum....


Teringin nak buat review sendiri mengenai buku novel yang aku dah baca. Ya.. Aku minat sangat baca buku lagi-lagi novel.Dari masa tu aku darjah 5 atau 6 gitu. Masa tu kawan aku yang paling aku rindui bagi pinjam kat aku pasal pa aku tak ingat.Lepas tu, novel Melayu bertajuk Egois. yang ni paling aku rindu nak refresh balik..Sebab jalan ceritanya banyak yang aku dah lupa.Walaupun bukanlah semua jenis buku novel tapi banyak jugalah novel yang dah kubaca sampai save dalam otak..hahaha...tipu kalau semua novel aku ingat jalan ceritanya tapi sebahagian laa yang aku ingat.Aku bukan jenis menghafal cerita tapi menghayatinya..ye ah sebab banyak novel berunsurkan cinta cintun sakit hati..hahaha..Bohsanlah,awak...mak aku pening dengan keminatan aku terhadap novel sebab aku telah mengabaikan buku teks pelajaran..hahaha.(gelak lagi).tak dalahh mengabaikan pelajaran tapi kalau dah berhari-hari mengadap novel sampai semua kerja terabai mana tak kena marah..tapi it's ok sebab sekarang ni aku baca bila masa lapang dan alert dengan persekitaran.tak dalah marahkan novel gara-gara isu kerja tak siap.gituu.

Huh...tak ke pelik kalau minat aku terhadap novel telah berjangkit kepada mak aku..hehehe..Yelah punya banyak novel aku yang aku simpan mesti mak dalam kepelikan apa yang seronok sangat pasal novel tu.Sampaikan mak long iaitu kakak mak aku pun sekali baca novel.Aigoo.. pening kepalaaa maa..ahhaha..At last, baca juga novelku..Pendapat mak aku...hmmmmm...dirahsiakan..hehehe..

Satu hal yang terperinci sekali ialah aku minat kepada novel Melayu daripada novel Inggeris.Entah.Aku sendiri tidak mengerti kenapa kurang minat kepada novel Inggeris.Novel Inggeris yang aku gemar ialah

"Mr Midnight". 
Kisah seram yang tak dapat diungkapkan.Merungkaikan setiap jalan penyelesaian yang penuh misteri dan ada kisah disebaliknya.Jalan ceritanya difahami sebab tulisan daripada Singapura.Tak silap lahh.Nantilah aku tunjuk gambar buku Mr Midnight,okay..:)

Setakat ni sajalah aku berhenti di sini...Lain waktu kita cerita...Aku dan novel..
stay tuned...


From,
Fasyaahin






Monday 11 May 2015

Luahan kepada dia

Assalamualaikum..


Kepada kawanku N (bukan nama sebenar),

Aku Farahin iaitu kawan lama ko waktu zaman sekolah menengah dari form 4 sampai kita habis sekolah ingin mohon ampun dan maaf. Sungguh aku terkilan bila perkara sebegitu berlaku dan sekarang aku rasa nak jumpa ko dan minta maaf. Aku rindukan hubungan persahabatan kita masa tu. Aku asyik teringat bila aku bersembang dengan ko di sekolah dengan macam-macam cerita antara ko dan aku. Tentang masalah ko dulu ko cerita kat aku. Aku suka sembang dengan ko sebab kan kita kawan. Aku suka bersembang dengan ko. Kita balik lepas koko bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Ko sangat baik dengan aku walaupun ko suka usik aku kat sekolah. Rajin pula masa tu ko datang rumah aku semata-mata tanya pasal kerja rumah dan sembang biasa sampaikan ada yang jeles bila aku sembang dengan ko kat depan rumah..hahaha..Bukan jeles sebenarnya tapi pandangan yang memberi erti yang aku perempuan tak elok bersembang dengan kawan lelaki. Tak manis. Aku faham. Bukan duduk dekat pun. Ok. Itu ketepikan. Aku tumpang sedih atas kehilangan ibu ko masa kita form 4. Dan ayah ko juga pergi 2 thn lepas. Mungkin
.
Setelah sekian lama kita berjauhan dan masing-masing ada kehidupan selepas zaman itu,aku sampai sekarang masih terkenangkan masa lalu kita berdua. Bersama-sama kawan-kawan lain. Suka duka masing-masing dirasai. Aku rindu ko sebagai seorang kawan.kawan sekolah,kawan sekelas kawan tuisyen dan kawan Taman Seroja. Mak aku kenal ko jadi mak aku tahu tentang ko dan dia tak risau bila aku kawan dengan ko. Sekarang pun mungkin mak aku boleh kenal ko walaupun dengarnya ko dah gemuk.hahaha..gurau kejap.Aku rindu nak bergurau dengan ko.

Aku harap sangat coretan ni dapat menarik ko untuk membacanya.Aku nak ko baca coretan ni tapi aku tau coretan ni tak akan sampai ke bacaan ko dari laptop dan blog aku ni.Sebab aku tak tahu ko di mana dan keadaan ko sekarang..terima kasih kawan sebab senang hati berkawan dengan aku selama ini.aku teringin bagi hadiah persahabatan kepada ko tapi…mungkin tetiba aku terima jemputan kahwin dari ko.Mana tau.Akhir kata, di mana ko berada aku harap ko sihat sejahtera bersama adik-adik ko dan orang yang bersama dengan ko.jaga diri jaga iman andai ada jodoh jumpalah kita.Maafkan aku,kawan..I really miss our relationship…hope to meet you after this..

Thank you..:)


Love your friend,
Farahin Nordin (3/4/2015)