Wednesday 5 November 2014

Perubahan

Assalamualaikum..

Akhirnya..Ahin dah dapat contact dengan kawan-kawan lama sekolah mungkin sekolah menengah melalui group wassap.Serius Ahin rasa senang hati dan seronok bila ada admin yang sudi meletakkan Ahin sebagai kenalan lama zaman sekolah yang semuanya batch 1991. Adminnya pun Ahin kenal.Dia kawan Ahin masa form 2.Mula-mula dia hantar gambarnya bersama suaminya sebagai pengantin baru waktu tu.Ahin cam tak cam kawan Ahin ni.Tapi bila lama-lama termenung flashback masa sekolah dulu..At last,baru Ahin betul-betul cam dia.Dia selalu dengan 2 orang kawan yang lain.okey tu baru admin group wassap belum lagi member yang lain. Kawan-kawan kini telah berubah dan inilah perubahan yang kita perlu hadapi bersama kawan-kawan lagi kita kini bukannya zaman remaja berusia 18 or 19 tahun tapi telah menganjak usia 23 tahun.Yes..I am 23 years old and still single..hahaha...Nak mention kah pasal status Ahin.

Perubahan...masing-masing boleh nampak perubahan antara kami setelah beberapa tahun berlalu selepas zaman persekolahan.Kawan yang sudah kahwin,bertunang,berkerjaya,belajar lagi dan lagi perubahan fizikal.Ini kenyataan Ahin bukan nak auta.Nasiblah muka masih sama dapatlah cam.hahaha.Itupun fikir 2 3 kali...err...ni pun baru tengok gambar yang mereka hantar tau belum lagi kalau jumpa terus.Sebenarnya Ahin malu nak jumpa balik mereka.Tak Tahulah kenapa.Mungkin sebab kita zaman sekolah kita berkawan bukanlah rapat sangat tapi berselisih juga.Tspi tanggapan boleh berubah kan..
Itu baru jumpa balik melalui Wassap belum lagi laman sosial yang lain..Facebook memang selalu update tak perlu terkejut sangat.

Perubahan yang baik Ahin sokong.ALHAMDULILLAH..ada kawan-kawan yang Ahin kenal telah banyak berubah.Bukan sahaja kawan zaman persekolahan tapi juga masa seuniversiti. :)

Cukup sini cerita Ahin..Salam petang...:)



No comments:

Post a Comment