Tuesday 9 December 2014

new gameee

ASSALAMUALAIKUM..


Siapa biasa main permainan Candy Crush Saga kat sini?Sengih sikit.Hahahah...Sebelum ini Ahin pernah menulis adalah berjela sikit pasal permainan ini yang semakin menjadi hangat di alam maya ini.Permainan macam ini pun majoriti yang suka main sebab dia adalah gula-gula yang nampak manissssss sangat dan berwarna-warni gitu.Dan apabila coklat yang besar dialihkan dengan gula-gula yang lain automatik fungsinya menjadi lebih dashyat dan BOOOMM..meletup juga.Yang tak pernah jenguk  permainan ini pasti ada yang tak faham minah ini cakap apa entah.merepek je.Dah berlevel-level (amik ko) Ahin main sampai tak tahu level berapa.Siap install lagi game ini kat henfon. Waktu bosan Ahin main tapi masa tak bosan pun bantai main juga.

Tapi itu permainan Candy Crush yang dulu.Sekarang ni, mesti ramai juga yang perasan.Ya..dah ada kat Application Store tak yah cerita lebih kan..semua dah pakar dalam benda canggih ini.Dah ada game yang terbaru dari Candy Crush.Upgrade sikit daripada game sebelum ini.Apa ye game terbaru dan terkini??




              CANDY CRUSH SODA SAGA(hanya tambah air soda je.heheh)

just amik dari google image je.

Candy Crush Soda Saga ini telah diperbaharui dengan penambahan air soda,ikan warna warni, gummy bear dan macam-macam lahh..Best juga main tapi sabar lah kalau tak dapat selesaikan dengan segera hahaha...Amik masa lah juga.Tapi kita main je lah tak yah stress-stress..




Gambar di atas macam inilah part yang Ahin suka main sebab nak dapatkan gummy bear yang nanpak kenyal,comel dan rasa nak makan...yumyum...

Di bawah ini Ahin copy penerangan daripada web Candy Crush Soda Saga.Ahin nak cerita sendiri pun Ahin baru tau pasal penerangan betul dari situ.Haahhaha...tau main eden ni haaaaaahh....




Description
Candy Crush Soda Saga is a brand new game from the makers of the legendary Candy Crush Saga. New candies, more divine combinations and challenging game modes brimming with purple soda!
Candy Crush Soda Saga is completely free to play, but some in-game items such as extra moves or lives will require payment.

New Candy Crush Soda Saga features: 
* Over 140 Sodalicious levels
* New Game Modes include:
Soda – switch bottles and candies to release purple soda and save the Candy Bears
Frosting – match candies to smash the ice and set the Candy Bears free
Honey – match candies next to the honey to release the trapped Candy Bears
* Scrumptious new candies and sublime new combinations:
Match 4 candies in a square to make a Swedish Fish
Match 7 candies to create the remarkable Coloring Candy
* Explore juicy new environments and meet the kookiest characters
* Mouth-watering new graphics, Candy Crush never looked so tasty
* Easy and fun to play, yet challenging to fully master
* For players that Facebook Connect, there are leaderboards for you and your friends to compare your Sodalicious scores
* Easily sync the game between mobile and tablet devices and unlock the full game features when connected to the internet
This mouth-watering puzzle adventure will instantly quench your thirst for fun. Join Kimmy on her juicy journey to find Tiffi, by switching and matching your way through new dimensions of magical gameplay. Take on this Sodalicious Saga alone or play with friends to see who can get the highest score!


Jadi,bagi anda sekalian yang belum main permainan sebegini cubalah main permainan ini.Anda pasti terpengaruh dengan kemanisan gula-gula,coklat dan lain-lain.hahaha...Rakan serumah Ahin pun sedang main permainan ini.Meh lawan dengan Ahin..Kita dah level 65..Sabar jee laah nak habiskan.(Dah kata main nak tenangkan fikiran)


Salam petang dari Fasyaahin.:)

Wednesday 5 November 2014

jumpa lagi..5PA

ASSALAMUALAIKUM


Hari itu..pertemuaan Ahin dengan kawan-kawan satu kelas Form 5 Prinsip Akaun masa tahun 2008.Kami berpakat nak berjumpa masa berbuka puasa baru-baru ni.Itu pun atas ajakan seorang kawan Ahin yang inginkan kami berjumpa dan berkumpul setelah lama berpisah..Ada antara kami memang selalu jumpa sebab mereka ada je kat kawasan Ahin cumanya Ahin yang susah nak berjumpa dengan dorang.Alasan Ahin boleh bagi ialah Ahin banyak waktu di tempat lain tempat Ahin sedang belajar sebelum ini dan klisenya ialah sibuk dengan hal sendiri.hahaha...Sebenarnya Ahin agak malu nak berjumpa diorang sebab Ahin tak lah berapa rapat sangat kawan dengan dioran walaupun seharian kot bersama-sama dalam kelas di sekolah.Macam-macam yang berlaku dan terjadi semasa kami semua belajar dalam satu kawasan sekolah.Wahh..Ahin bermain dengan kata padahal tak faham benda..ehhehe..Cerita kami macam cerita berepisod 6 Progresif..gituu..

Berbalik kepada tajuk dan cerita awal,setelah berbincang siapa yang nak datang dan bla bla bla..dan Ahin pula diajak sungguh-sungguh oleh penolong ketua kelas dulu haha..Akhirnya,Ahin datang juga bertemu dengan diorang untuk beriftar sekali di suatu tempat yang lapang dan sangaaatt selesa..

Kupikirkan 30 orang yang datang termasuk kawan yang mengajak tapi yang setia hadir hanyalah lapan orang aje..Tercengang Ahin.3 perempuan dan 5 lelaki..hehehe..okey as long dapat jumpa diorang tapi aneh menjelma bila kawan yang mengajak tak muncul-muncul sampai ke sudah..Azan berbuka puasa dah berkumandang terus kami berbuka puasa.Walaupun tak lah banyak makanan yang ada di hadapan kami hal ini sebabnya kami yang beli sendiri di bazar Ramadan yang berdekatan.Hailahhh...jumpa dioarang tak kering gusi.Ahin yang seronok sangat sebab dah lama tak sembang dengan diorang dan tak tahu akan perkembangan diorang padahal kat laman sosial da je. You know what secanggih mana teknologi kini siap ada internet berlaman sosial tapi jangan lupa kita juga akan rasa nak bersua muka dengan orang lain..

Cerita pendek Ahin.Thanks to my 5 PA classmates yang join iftar also reunion: Acab, Chaer, Ewan, Awin, Aiman, Amirah and Mirami.Hanya 1 malam saja Ahin rasa seronok sangat..berbuka puasa dengan mereka dan oopsss...berkareoke sekali...ngehngeh...diorang yang ajak Ahin bukan Ahin yang mahu sangat..tapi dah diajak mesti setuju juga kan..hahaha....

so....no picture for this story..See you..:)

Perubahan

Assalamualaikum..

Akhirnya..Ahin dah dapat contact dengan kawan-kawan lama sekolah mungkin sekolah menengah melalui group wassap.Serius Ahin rasa senang hati dan seronok bila ada admin yang sudi meletakkan Ahin sebagai kenalan lama zaman sekolah yang semuanya batch 1991. Adminnya pun Ahin kenal.Dia kawan Ahin masa form 2.Mula-mula dia hantar gambarnya bersama suaminya sebagai pengantin baru waktu tu.Ahin cam tak cam kawan Ahin ni.Tapi bila lama-lama termenung flashback masa sekolah dulu..At last,baru Ahin betul-betul cam dia.Dia selalu dengan 2 orang kawan yang lain.okey tu baru admin group wassap belum lagi member yang lain. Kawan-kawan kini telah berubah dan inilah perubahan yang kita perlu hadapi bersama kawan-kawan lagi kita kini bukannya zaman remaja berusia 18 or 19 tahun tapi telah menganjak usia 23 tahun.Yes..I am 23 years old and still single..hahaha...Nak mention kah pasal status Ahin.

Perubahan...masing-masing boleh nampak perubahan antara kami setelah beberapa tahun berlalu selepas zaman persekolahan.Kawan yang sudah kahwin,bertunang,berkerjaya,belajar lagi dan lagi perubahan fizikal.Ini kenyataan Ahin bukan nak auta.Nasiblah muka masih sama dapatlah cam.hahaha.Itupun fikir 2 3 kali...err...ni pun baru tengok gambar yang mereka hantar tau belum lagi kalau jumpa terus.Sebenarnya Ahin malu nak jumpa balik mereka.Tak Tahulah kenapa.Mungkin sebab kita zaman sekolah kita berkawan bukanlah rapat sangat tapi berselisih juga.Tspi tanggapan boleh berubah kan..
Itu baru jumpa balik melalui Wassap belum lagi laman sosial yang lain..Facebook memang selalu update tak perlu terkejut sangat.

Perubahan yang baik Ahin sokong.ALHAMDULILLAH..ada kawan-kawan yang Ahin kenal telah banyak berubah.Bukan sahaja kawan zaman persekolahan tapi juga masa seuniversiti. :)

Cukup sini cerita Ahin..Salam petang...:)



Thursday 23 October 2014

Neww merapu..

                                                         
                                                          Assalamualaikum..



Agak-agak berapa lama ye Ahin ni menyepikan diri dari dunia blog ni?hahaha...Ahin sorang je yang tahu.Mungkin dan mungkin Ahin agak malu untuk tonjolkan blog ini kepada orang awam sehingga rasa syok sendiri je bila baca blog sendiri.Tak ada apa yang menyedihkan kalau empunya blog ini agak kurang rajin untuk mencoretkan ceritanya kepada orang lain.walaupun kawan sendiri pun Ahin malu untuk bercerita kat sini.

Sekarang ini,Ahin privatekan blog ini mungkin sementara waktu atau selamanya.Untuk Ahin sorang yang baca bagi mengisi masa laghaku..hahaha...ayat terus terang laa wei...malu-malu pun Ahin sorang je.Tapi andaikan Ahin bukakan blog ini kepada umum sedialahh menerima risikonya.... err...Apa dah Ahin merapuu..

oh...yaa..terlupa..alang-alang berkadok lama menyepi dari mencoret blog ini dan nampak bosan je Ahin terus menukar segala benda kat blog ini..Supaya cantik dibaca dan nampak warna warni gitu..Dah berapa lama Ahin cari wallpaper yang senang dicari..hoi..hahaha..Benda lain Ahin tak kreatif nak buat secantik atau secomel orangnya...HAHAHA...Hanya tukar warna,tulisan je..biasa saja...tp bolehlaahh...

Dan blog kepunyaan FASYAAHIN HEMOHEMO ni dah lebih 2 tahun telah wujud dalam dunia blogger ni..WAAHHH...(baru je usha first date blog dicoret)..:)...Terima kasih kepada kawan-kawan blog ini yang sudi baca coretan Ahin..ahak....sorang kawan ni tak kulupa juga sudi komen dan cari blog Ahin..ngeeee...





Akhir kataa.....Salam petang....semuanya...daripada FASYAAHIN...



Thursday 6 February 2014

karya zaman skola..




Kita ni pelajar sama saja
Budak baik ke clever
Meniru juga
Nantilah aku bagitau teacher
Korang yang merana

Kita tengah periksa 

Suasana sunyi saja
Amalan kami sejak dulu kala 
Projek meniru sentiasa ada


Guru berjalan penuh pelahan-lahan
Melihat pelajar dengan berhati-hati
Walaupun kita ketat diawasi
Hehe....projek meniru tetap berjalan


Masa dalam exam sempat pula Ahin tulis pantun 4 kerat kat 1 kertas kosong. Ahin tak ingat masa tu ujian bulanan ke peperiksaan antara pertengahan ataupun akhir tahun tapi masa tu tahun 2007 iaitu Form 4. Yang Ahin ingat Ahin duduk dibelakang kawan perpustakawan merangkap kawan baik sibuk menjawab kertas soalan dan Ahin dah siap jawab soalan..MUNGKIN...Ahin lupalaa..tapi dah bosan tu buatlah pantun ini.HAH!! idea ni datang tetiba je walaupun masa tu kami baik je tak tiru masa exam. Hari tu laa..hehe..dan sekeping kertas yang siap ditulis pantun tu Ahin pass kat kawan depan dan dia reply..Lama dah pantun ni Ahin tulis balik dalam diari sampai kini.At last, kat blog ni pula....:)







-Kurasa enjoy walau biasa-biasa aja-


Saturday 4 January 2014

short note 4 me blog

ASSALAMUALAIKUMM...


Hello friends...

Nice to meet you for a looooooooonnnnggg time not to update this blog..I wish u'all Happy New Year 2014.Banyak minta maaf maa sebab dah lama blog ini menyepi tanpa penambahah cerita baru.Ada cerita baru ke,awak?? hehe..Banyak sebenarnya benda nak bercerita kat sinii tapi blogger Fasya Ahin ni tak berapa nak mahir merencanakan coretan di sini..Namun tidak mengapa lepas ini akan ku coretkan di sini naa...hehe..ntah bilalaa pula nak cerita ni xtau..

Tapi yang pasti blog ini akan wujud sampai bila-bila walaupun agak jarang untuk ditatapi oleh pembaca ini.Sedih pulah..ececeh..:) Kita ok jer..Jangan risau.

By the way....thanks tau sebab terbaca blog kita ni dan banyak sorry kalau post-post ini kurang menarik untuk ditatapi..:)


Salam Tahun Baru 2014..._fASya aHIn_