Monday 14 January 2013

Pengalaman kerja lepas SPM

Assalamualaikumm..
hai,semua..

Wah..dah sebulan ye tak update entry blog ni..Mana taknya idea nak taip kat sini memang kosong dan mood nak menaip pun payah nak ada.ish..ish..ish..tapi selalu gak jadi blogwalking usha2 laa blogger yang aktif ni..hehe..Kira ni dah jadi hobi baru leer..Memandangkan kita dah masuk tahun baru jadi aku nak ucapkan..

                                      SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013.

Tahun telah berganti dan usia kita pun makin bertambah..ye dak..? 

  Okey berbalik pada tajuk di atas "pengalaman keje lepas SPM".(cheh!)
Saya dah tamat SPM pada Disember 2008.Maknanya habis aje jawab periksa SPM je terus gelaran jadi pelajar kat SMK__dah dilupuskan..kejam kejam..Jadi,mulalah sibuk kaum kerabat para pelajar tamat SPM menyibukkan diri mencari kerja sambilan sementara menunggu peringkat seterusnya.Sayalah tu...tapi tu lah betapa wat do no je saya tak cari pun kerja.hahaha..tak pa lah layan belajar bawa kete dan motor sudah..8.8!..

 Saya mula bekerja pada awal bulan 1 tahun 2009.Nak tau saya kerja apa?Keje sebagai cikgu tadika dekat Nilai Impian.Namanya dirahsiakan tapi tadika tu baru je beroperasi.Seronok juga jadi cikgu tadika sebab saya ajar benda asas je kat budak-budak berusia 4 hingga 6 tahun.Sebenarnya,kerja ni saya dapat menerusi mak saya.Dia tanya kawan mak saya yang merupakan pengusaha dan cikgu tadika samada masih ada keje kosong untuk diisi.Kawan mak saya memang memerlukan cikgu jadi dia setuju untuk mengambil saya sebagai pekerjanya.Gajinya RM____.sebulan.:) Memang kawan mak tak bagitau saya tentang gaji cuma ditanya keminatan saya terhadap kanak-kanak.Kira on lah.Pengalaman itu penting walaupun di tadika dan kanak-kanak.

Minggu pertama pegang gelaran Cikgu Farahin dengan suai kenal bersama para murid dan perkara-perkara asas seperti menyebut ABC,123 dan alif ba ta,susun atur mereka mengikut usia dan macam2lah.Macam-macam ragam dan perangai kanak-kanak di situ.Ada yang boleh duduk diam dan ada yang tak boleh duduk diam.Kesabaran kita memang tercabar dengan ragam mereka yang kadang kala sukar dikawal tapi mujurlah ada cikgu yang boleh tunjuk ajar kita untuk mengatasinya.Tugas saya hanya tumpukan pada murid-murid berumur 4 dan 5 tahun dalam subjek mungkin Sains dan matematik..Setakat kira 1 2 nombor boleh le ajar tapi nak bagi mereka boleh menulis nombor atau huruf ditambah lagi kefahaman mereka makan masa.

Dan minggu seterusnya mengajar mengikut topik atau khusus bagi mereka mengenal pasti keadaan sekitar mereka..Daripada mengenal diri mereka hinggalah seterusnya.Ikutlah kretiviti bagi menarik perhatian mereka dalam proses pembelajaran.Kalau cerita serba 1 memang tak habis.

Kanak-kanak sangat comel,nampak matang,boleh menyesuaikan diri dan bersahaja.Tak kisah nak mengadu kat cikgu pasal kena usik,barang hilang.Jujur sangat.Kadang2 kita sendiri rasa seperti mereka yang tak kisah tentang dunia mereka.Sempat juga mereka ajak kita untuk bercerita pasal mereka dan sesekali tu minta kita bacakan buku cerita kat mereka.Ya Allah,mereka menghargai kita sebagai cikgu mereka..:)

Pengalaman yang kukutip selama lebih 3 bulan kot sementara tunggu keputusan kemasukan diploma .Pelbagai aktiviti yang tadika itu buat bagi kanak-kanak rasa seronok belajar termasuk cikgu-cikgu juga..hehehe..Tapi yang sedihnya bila mereka diberitahu yang saya tak mgajar mereka lagi.hmm..nak wat camne..:)

Selepas saya berhenti ngaja aje cikgu yang ambil saya keje tu beritahu yang murid-murid rindukan saya dan tanya bilalah Cikgu Farahin nak datang jumpa mereka?terharu nya...

Best time Hari Guru:dapat hadiah dari sorang murid..

                                                                                                    thankz n wassalam..

No comments:

Post a Comment