Saturday 27 July 2013

celoteh puasa

ASSALAMUALAIKUM..

Dah 3 minggu kita menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Syukur sangat dapat bertemu lagi pada tahun ini..cuma amalan ibadah kita adakah masih ditakuk lama atau telah diperbaharui.Ahin no comment. Kali ni Ahin dapat juga menyambut bersama-sama ahli keluarga setiap hujung minggu berbuka puasa dan bersahur.Walaupun hidangan di rumah biasa saja atau simple tapi sesekali tu seronok juga. Satu keluarga dapat bersama sambut bulan puasa. Tak lupa juga bersama kucing-kucingku di rumah.heheh...ke situ pula..

Ahin masih ingat bila masa kat Arau dulu Ahin selalu ada hati andai dapat balik umah tiap2 minggu semata-mata mahu menyambut bulan puasa bersama keluarga.Asal hujung minggu je mesti je angkut beg dan blah ke Sepang dengan kereta.nampak sangat rumah Ahin ni dekat sangat dari Arau tu.Tapi as long as Ahin still dapat bersama-sama dengan sahabat-sahabat di Arau. Tak kisah kami satu bilik ke satu kolej a.k.a asrama join sekali.Memang terbaik waktu tu.Waktu bersahur ada kawan teman lagi pula masa nak berbuka ni ramai yang sertai.Tak kisah lah semester mana pun asal ada bulan puasa memang cukup meriah.Kongsi air,makanan dan kuih muih sama-sama.tetiba teringat jauh ni padahal Ahin dah lama tak usha Arau.TERAMAT RINDU sampai tak terucap tapi berucap juga,kan..

Kali ni juga Ahin dapat membeli juadah buka puasa dengan kawan kat bazar dengan jalan kaki je.Dekat sangat ke?Tak dekat sangat dan tak jauh sangat asal boleh jalan kaki lintas jalan dengan selamatnya..Kawan tak banyak kerenah asalkan "aku okey ko okey" juga..;) Masa buka puasa pula da juga yang teman kita makan kalau bukan housemate sendiri,ye tak?hehe...da yang masak simple dan da gak cam kita ni beli je kat luar.Sahur...da juga yang kejutkan kita bangun sahur tanpa disuruh.Thankz my housemate...(eh,dia tak tau Ahin menulis pasal dia ni)..hehe..puji je laa kat blog ni..:)

Walau apa pun..untuk diriku si Farahin ni harap berpuasa kerana Allah bukan saja2 puasa je.Terawih harap jangan tinggal dan tingkatkan amalan pada bulan puasa.
saje je..

18 hari kita berpuasa sempat Ahin ingin ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA.Jangan tak puasa rugi je tau..;)

Salam hari Sabtu sebab semalam hari Jumaat iaitu Haru Nuzul Quran..
Wassalam....

*nama kawan dirahsiakan tak nak dikesan sa
pa2*

Thursday 25 July 2013

pertama kali berboling..

ASSALAMUALAIKUM..:)


    Helo friends,


 You know what I really enjoyed and had fun playing bowling for my first time. WOW!! it was so amazing and speechless to tell my friends and family about it..Hehehe...okey tak statement di atas. Dah berbulan Ahin tak update kat sini.Tapi disebabkan Ahin terlalu excited pasal topik ini walaupun semua orang di luar sana pernah bermain tetap juga nak cerita kat sini.Tak pa,kan...;)

Minggu lepas iaitu hari Selasa (9/7/13),Ahin bersama-sama kawan-kawan MSU join main boling kat satu tempat yang lupa namanya..(serius lupa).Sebenarnya aktiviti ni adalah di bawah aktiviti yang dirancang daripada Fakulti kami yang mana setiap mentor akan membawa mentee masing2 untuk bertanding bersama.Opss..mentor tu ialah pensyarah Ahin tau..muda sangat...hihik..Tapi kami main just suka ria ribena je lah..sebab majoriti daripada kami tak pernah main boling.Memang awal-awal lagi kami terus terang pada mentor yang kami tak reti main. Tapi,mentor cakap "takpa just main je".

Awal masuk tempat boling memang Ahin teruja tapi tak tunjuk sangat takut dipandang aneh pula. Padahal dah terang Ahin tak pernah masuk tempat boling apatah lagi pegang bola bolingnya..Memang terbaik..Dari awal bermain hingga akhir pusingan kedua memang tak dilupakan walau penat and lenguh lengan dok baling boling je..  STRIKE ....pun dah dapat..wow hebat ko,Farahin..(puji diri sendiri).

okey....babai..